Nabi
Muhammad S.A.W. bersabda dalam Hadithnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain:
“Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari
segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim).
Nabi
Muhammad s.a.w bersabda : ” Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya
padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati ” ( Hadis riwayat
Bukhari ).
Antara
bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan
unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine,
cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino. Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi
(Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’
dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan
bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek.
Khasiat-khasiat
yang terdapat pada Habbatus Sauda yang berikut adalah dipetik dari buku yang
bertajuk “Rahsia Perubatan Habbatus Sauda’” yang dikarang oleh Dr. Hassan Syamsi
Baasya dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Abdul Khairi AL-Latifi.
Kajian-kajian
yang telah dibuat membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat
perubatan yang berikut:
1. Asid Urik
dan Gout
·
Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan
mengelakkan dari terkena penyakit gout.
2. Asthma
·
Bahan “Nigellon” yang terdapat dalam Habbatus
Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi
menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara
(bronchitis).
3. Selsema
·
Ia dapat menyembuhkan selsema.
4. Tekanan
Darah Tinggi
·
Ia boleh merendahkan tekanan darah.
5. Alahan
(Allergic)
·
Bahan “Nigellon” dalam Habbatus Sauda dapat
mengurangkan pengeluaran bahan “Histamine” dan bahan-bahan yang menyebabkan
kejadian alahan (allergic).
6.
Pengeluaran Bahan Empedu (Bile)
·
Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan
asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan
empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi
empedu.
7.
Melancarkan Pengeluaran Susu
·
Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan
kelancaran pengeluaran susu pada ibu.
8.
Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis)
·
Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan
pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir
akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia
mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.
9. Sistem
Kekebalan (Immunity) Tubuh
·
Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat
membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat
mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.
10. Barah
·
Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya
kesan-kesan beracun akibat kegunaan “Cisplatin”, yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak
barah. Ubat “Cisplatin” ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk
merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side
effects).
11.
Kuman-kuman
·
Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh
beberapa jenis kuman seperti “E Coli”, “Strep.Fecalis” dan “Bacillus subtilis.”
Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak
kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.
12.
Ceret-Beret disebabkan Kuman
·
Ia dapat merawat masaalah ceret-beret dengan
membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli
yang berupaya menentang beberapa antibodi.
13. Kencing
Manis
·
Ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di
dalam darah.
14. Rheumatisme
Harga Habbatussauda HPA
Semenanjung
Malaysia: RM 48
Sabah &
Sarawak: RM 50
No comments:
Post a Comment